click sini..sedekah amalan mulia

Followers

Showing posts with label info menarik. Show all posts
Showing posts with label info menarik. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

Wanita Jepun mempunyai jangka hayat yang paling lama di dunia

Wanita Jepun mempunyai jangka hayat paling lama di dunia iaitu secara purata selama 86.39 tahun
itupun menurun dari tahun 2009 iaitu pada kadar purata 86.44 tahun.
Tahun lepas terdapat peningkatan kematian di sebabkan masalah jantung dan strok

Berikut adalah 3 ranking jangka hayat wanita paling lama di dunia:
1) Jepun - 86.39 tahun
2) China - 85.9 tahun
3) France- 84.8 tahun

Berikut adalah 3 ranking jangka hayat lelaki paling lama di dunia:
1) Hong Kong- 80.00
2) Switzerland - 79. 9
3) Israel - 79.7
4) Jepun

Ada pendapat yang cakap orang jepun ni suka natural, kurang makan daging, makan banyak sayuran dan ikan..Diorang tak suka hidup mewah, besederhana jadi tak perlu pikir banyak masalah, sentiasa senyum, rajin bercucuk tanam dan sebagainya

Begitu jugak orang china, diorang ni jenis takut mati, kat tempat aku, padang polo ni tak pernah lekang dengan bangsa cina dari awal pagi sampai petang diorang bersenam, berjoging bagi jem jalan odw aku nak g keje. Ketua seksyen aku pun antara yang pegi padang polo pagi2 lepastu tak mandi terus pegi office what the.

Ape pun, sebagai umat islam, kalau panjang umur tu, banyak2kan lah beribadah, sebab lagi lama kita hidup kat dunia ni, lagi banyak kita bergelumang dengan dosa yang kadang2 tidak kita sedari.

Selamat menunaikan ibadah puasa!!

Saturday, April 16, 2011

DUST FREE ENVIRONMENT

Tips for creating Dust-Free Environment
Dust-free living place is a must for healthy living in general and for dust-sensitive people in particular.  Dust-free living place helps you in reducing your miseries caused by allergic conditions and asthma as dust and dust-mites are some of the major factors that trigger allergies.

Dust in a living room or bedroom can contain allergic substances like molds, animal dander, dust mites and fibers.  Dust mites has the characteristic of thriving in summer and dying in winter and is usually found in bedding, carpets and upholstered furniture.  These mites can thrive even in winter if the rooms are warm and humid.  You must have seen particles floating in shaft of sunlight.  These are nothing but the dead mites and their waste products.  These waste products are the main culprits in provoking allergic reaction.

It is important to conduct routine cleaning of the living rooms at frequent intervals to maintain dust-free environment.  Scheduled cleaning also helps in protecting yourself from exposure to cockroaches – known for their contribution in development of asthma in allergic persons.

It may not be possible for you to control dust conditions of your work places and other outdoor places where you spend most of your day.  However, eliminating dust from your bedroom and living room is very much in your hands.  Reducing possible dust accumulating surfaces from the bed room is one of the best ways of controlling dust.

Apart from the medical treatment for dust allergy or asthma, following guidelines are issued by the National Institute of Allergy and Infectious Diseases for maintenance of dust-free environment.

Preparing dust-free room
  • Empty the room completely before cleaning
  • You must empty and clean all closets.  Store contents at any other place and seal closets.
  • Always use zipped plastic bags for storing clothing and boxes for storing shoes.  The shoe boxes must be kept off the floor.
  • If feasible, remove carpeting before cleaning
  • Remove all traces of dust on floor and woodwork by scrubbing and cleaning
  • Use water, oil or wax for wiping wood, linoleum floors or tiles
  • If you use linoleum, ensure that it is cemented to the floor
  • Windows and doors of the room should be closed till time the dust-sensitive person is ready for occupying room.
Maintenance of dust-free room
  • Always wear filter mask while cleaning
  • Clean room thoroughly at least once in a week
  • Use damp cloth or oil mop for cleaning furniture, floors, window frames, door tops etc
  • Vacuum upholstery and carpet at regular intervals using special filter in vacuum
  • Wash curtains at 130 Fahrenheit temperature
  • Air the room thoroughly
Flooring and Carpeting
All carpets trap dust and it is very difficult (nearly impossible) to control the dust in rooms having carpets.  Shag carpets are the worst for the dust-sensitive people when it comes to dust control.  To overcome this it is advisable to use tile, hardwood or linoleum floors.  Dust mite allergens in the carpets can be eliminated, up-to certain extent, by treating carpets with tannic acid. However use of tannic acid is not an alternative for removal of carpet.  Moreover, tannic acid can cause irritation to certain people and acid treatment is to be conducted repeatedly.

Beds and Bedding
Always keep only one bed in the bedroom.  Keep box springs and mattress in allergen-proof cover or in zipped dust-proof cover.  Scrubbing of bed springs should be done outside the bedroom.  Whenever another bed is required to be accommodated in the bedroom follow the preparation procedure.

Always use washable materials on the bed.  Bed sheets, bedclothes and blankets should be washed at frequent intervals.

Air Control
Air filters (added to a furnace or to room unit) may be helpful in reducing allergens levels.  HEPA (High Efficiency Particulate Absorption filters or Electrostatic filters are found effective in removal of various allergens from the air.  However, if you have a electrostatic filter that is malfunctioning, it may be harmful for your lungs as it emits ozone.

House mites require high humidity to live and grow and with the help of dehumidifier you can reduce the humidity and achieve some help in controlling air.  Always clean the bedroom frequently using diluted bleach (1 cup bleach: 1 gallon water) solution.  You may also use other commercial products known for their characteristic of preventing growth of mold.  One of the disadvantages of using dehumidifier is that low humidity levels may irritate your lungs and nose.

Handling Pets
Fur and feathers are good surfaces for accumulation and spread of dust.  Always keep your pets away from the bedroom.  It is seen that persons allergic to dust mite are allergic to animals, in most cases.

Implementation of these guidelines may appear to be very difficult at the outset.  However, habit will make it easier for you.  You will surely happy with the results you will obtain by following these steps.

mite-hama






hama2 dalam habuk di atas ni la yang buat aku jd macam dalam gambar ni huhu

p/s: post ini disediakan sebab aku tak leh tidur disebabkan hama dan habuk selepas packing barang demm.bace la kalau teror english haha.

Monday, February 21, 2011

korang selalu nyanyi lagu baldu biru..tapi tau ke baldu biru tu ape??

Baldu adelah sejenis fabrik yang macam kat bawah ni..
ianya bertekstur bulu bulu halus dan berkilat di luarnya
ia dibuat daripada sutera, nilon, kapas dsb..
nak senang, penah pegang songkok tak? tu kain baldu ler
i'm sure any of u pernah sentuh kan..lembut kan? kalau tak pernah sentuh tu...kome duduk ulu mane ni??

 ni lah rupenye kain baldu...baldu biru
tapi mungkinkah baldu biru ini yang menghiasi kamarmu?
lambang cintamu itu?
namun baldu biru ini terlalu tecik untuk membaluti tubuhku
ku terharu wooo~

TANDA -TANDA STRESS DI KALANGAN PELAJAR~

Harini aku telah melawat ke pusat kesihatan UKM yang dah setahun lebih tak masuk..
Dan kesekian kalinye aku jadi macam 1st year sibuk2 tanya makcik counter macam mana cara nak jumpa dokter dem dem..
Tapi yang pasti tu menunjukkan aku ni jarang sakit dan tak pernah mintak MC kat dokter..(sebab pusat kesihatan jauh!)


Setelah masuk bilik dokter tapi bukan dokter yang cek, pegawai perubatan je,pak arab yang hensem..pehh
fasih cakap melayu pulak tu...tapi dah kawin..siap letak gambar wife dengan anak2 atas meja..T_T


pak arab: sakit afe?
aku: fening kefale..dah seminggu mencucuk2
pak arab: ade midsem eh minggu ni?
aku: eh, mane tau ni? malu malu 
pak arab: (malas layan)..mari cek tekanan darah..hurm normal
aku: saye selesema da 2-3 hari, batuk sikit2, sakit tengkuk
pak arab: tidur cukuf tak? dari fukul brafa ke fukul brafa?
aku: cukuf..12 malam-dekat2 7 pagi..(tifu sunat)
pak arab: owh batuk sikit2 je eh? hurm..stress ni..stress nak exam
aku: adekah saya perlu bersenam lepas ni?
pak arab: tak fe tak fe...rehat dulu.. makan ubat yang saya kasi next time bersenam itu memang ferlu
aku: itu jeke? ok thanx bye bye =)


aduh, tensen nyee...



nasib aku tak termintak no fon pak arab tu hoho..
berdasarkan dialog di atasa, antara tanda2 stress ialah: (tibe2 je nak serius dem)


  1. Apabila seseorang itu sering berasa gementar, berpeluh, sakit kepala, bernafas laju, cepat letih, kerap buang air kecil & besar, kurang selera makan & juga mudah mendapat penyakit seperti penyakit asma, sakit belakang, & juga masalah penghadaman.
  2. Tanda-tanda seseorang mengalami stress juga boleh dikesan melalu psikologikal yang ditunjukkan seperti mudah berasa bimbang, keliru, kurang daya tumpuan, sukar kawal diri, sukar hendak tidur, perubahan emosi seperti sering berasa kecewa, mewujudkan permusuhan, rasa tidak berdaya, cepat marah, & lemah semangat.
  3. Mengalami gangguan fikiran. Individu yang mengalami tekanan perasaan ini sukar untuk membuat keputusan, kurang berminat terhadap aktiviti-aktiviti harian yang sering dilakukan & individu ini juga sering sahaja berfikiran negatif terhadap banyak perkara.
  4. Bagi individu yang mengalami tekanan perasaan juga sering menunjukkan melalui tingkah lakunya apabila melakukan sesuatu. Individu ini sering bercakap dengan kuat & cepat,(mcm kukenal orang yg camni hhaha) sentiasa menguap, suka menggigit jari, mengetap bibir, kerap menggerakkan jari, mudah berasa letih, terlalu bergantung kepada orang lain, bertindak secara tidk logik & ada kalanya terlalu beremosi terhadap sesuatu perkara tersebut.
Cara tangani stress:

1) Senyum~ tak perlu kata apa apa
2) Bersendirian melayan movie atau lagu lagu rock kapak
3) Bertenang di kala di katakan sebagai pemfitnah
4) Berbuatlah baik pada insan
5) Peluk anak patung or kucing or teman2 rapat atau sedare mare yang muhrim
6) cium haruman Lavender yang menenangkan
7) Kasih sayang dengan kawan2, family, suami
8) Ceria 
9) Dekatkan diri dengan Allah
10) Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf

Akhir kata, Jangan lah stress nanti pening kepala macam aku =)

Tuesday, February 8, 2011

Perkara2 yang lelaki suka dan tak suka pada wanita


Kebanyakan Lelaki Suka Apabila Seorang Wanita Disisinya Itu :
  1. 1. Sikap kelakar
  2. 2. Budi pekerti dan kesopanan
  3. 3. Murah hati
  4. 4. Senyuman manja
  5. 5. Pandai memasak
  6. 6. Pandai dalam mengenakan pakaian
  7. 7. Penampilan/imej yg sesuai dengan citarasanya
  8. 8. Tak mudah naik angin
  9. 9. Seorang wanita yg sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut  rosak
  10. 10. Tak terlalu seksi dalam berpakaian
  11. 11. Tak apalah,tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang
  12. 12. Wanita yg dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
  13. 13. Berwawasan atau bercita-cita tinggi
  14. 14. Mempunyai keyakinan diri yg tinggi
  15. 15. Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yg tertekan.
  16. 16. Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
  17. 17. Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
  18. 18. Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
  19. 19. Wanita yg mengambil berat tentang lelaki
  20. 20. Sikap keibuan
  21. 21. Sukakan kanak-kanak
  22. 22. Suara lembut tanpa dibuat2
  23. 23. Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
  24. 24. boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
  25. 25. memberi sokongan moral dlm apa jua usaha yg dilakukan lelaki
  26. 26. tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
  27. 27. tahu bersyukur
  28. 28. pandai berjimat-cermat
  29. 29. tak mengharapkan lelaki dalam semua hal
Lelaki TIDAK Suka Wanita Yang :
  1. 1. Wanita yg suka mengumpat
  2. 2. sombong dan bongkak
  3. 3. menunjukkan sikap yg terlalu memiliki
  4. 4. hisap rokok
  5. 5. Kau ni macam orang tiga suku!”Mengutuklah tu…
  6. 6. Wanita yg melayan lelaki seperti alas kaki
  7. 7. wanita yg suka menunjuk2 utk dapatkan perhatian
  8. 8. “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yg betul!”
  9. 9. “Jgn cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yg tak patut I lakukan..”
  10. 10. wanita yg hipokrit
  11. 11. pembohong dan suka mencari alasan
  12. 12. terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
  13. 13. sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan
  14. hubungan mereka
  15. 14. kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
  16. 15. pengotor dan pemalas
  17. 16. tak bertanggungjawab langsung
  18. 17. tak pandai mengemas
  19. 18. terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan
  20. pergaulan
  21. 19. kuat berleter walau hal remeh temeh
  22. 20. boros berbelanja
  23. 21. tak tahu memasak
  24. 22. sikap manja yg terlalu menyakitkan hati
  25. 23. “Queen Control” atau suka mengarah2
  26. 24. tak pandai bergaya atau selekeh
  27. 25. suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
  28. 26. suka mengungkit2 hal-hal lalu
  29. 27. panas- baran
  30. 28. kuat merajuk dan sukar dipujuk
  31. 29. terlalu pendiam sehingga susah utk berkomunikasi
  32. 30. tak mahu mengakui kesilapan dan ego
Perempuan pun mesti tidak suka jika seseorang lelaki itu mempunyai sifat-sifat negatif..
p/s: ni bukan aku yang cakap..lelaki yang cakap (-_-") to halil, sory k if i xcukup ciri2 yang ada kat atas..huhuhu
Read more

Tuesday, January 25, 2011

DEMI MASA


Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh

Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Sunday, January 23, 2011

9 DANGEROUS WORD THAT WOMEN USE


(1) Fine:
This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.

(2) Five Minutes:
If she is getting dressed, this means a half an hour. Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house.

(3) Nothing:
This is the calm before the storm. This means something, and you should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine.

(4) Go Ahead:
This is a dare, not permission. Don’t Do It!

(5) Loud Sigh:
This is actually a word, but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer back to # 3 for the meaning of nothing.)

(6) That’s Okay:
This is one of the most dangerous statements a women can make to a man. That’s okay means she wants to think long and hard before deciding how and when you will pay for your mistake.

(7) Thanks:
A woman is thanking you, do not question, or faint. Just say you’re welcome.
(I want to add in a clause here – This is true, unless she says ‘Thanks a lot’ – that is PURE sarcasm and she is not thanking you at all. DO NOT say ‘you’re welcome’ . that will bring on a ‘whatever’).

(8) Whatever:
Is a woman’s way of saying F*** YOU!

(9) Don’t worry about it, I’ll do it:
Another dangerous statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing it herself.

Saturday, January 22, 2011

MARI POTONG KUKU IKUT SUNNAH NABI~


RASULULLAH S.A.W BERSABDA :
ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada:
Hari Sabtu :Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Hari Selasa :Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat :Nescaya keluar dosa-dosa seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat dari Allah Taala.
-Ada riwayat mengatakan bahawa kuku tidak elok disimpan selama 40 hari
-selepas kuku dipotong, seeloknya ditanam atau dialirkan pada air mengalir kerana kuku digunakan orang dalam amalan sihir,jadi bahaya dibuang merata-rata
- beberapa perkara yang tidak ada dalil tentang memotong kuku, antaranya :
- Mengkhususkan hari Jumaat untuk memotong kuku.
- Makhruh memotong kuku pada malam hari.
- Orang yang sedang berpuasa tidak boleh memotong kuku.
- Larangan orang yang sedang haid dan janabah dari memotong kuku.
- Memotong kuku dengan cara-cara tertentu.
Berkata Ibn Daqiq al-’Ied : “Apa yang tersebar tentang memotong kuku dalam cara-cara tertentu, tidak ada asal baginya di dalam syariat. Adapun memulakannya dengan tangan kanan kemudian tangan kiri, maka ianya termasuk di dalam keumuman sabda Nabi s.a.w. …”
ada sumber-->“Memotong kuku HARUS pada bila-bila masa dan tidak mengapa.”
wallahu a’lam



Friday, January 21, 2011

Tanda-tanda sebelum ajal~


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali, cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya, iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.

Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.

Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang tinggal untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Wallahualam

Wednesday, January 12, 2011

Wanita diculik,belasah,samun,diperkosa..mana lelaki budiman??

KUALA LUMPUR: Seorang wanita kini trauma dan terlantar di hospital akibat dipukul, dirompak, malah turut dirogol dan diliwat selepas diculik sekumpulan tiga lelaki dari perkarangan rumah sewanya di sebuah kondominium di Pandan Indah, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun dan bekerja sebagai pegawai teknologi maklumat baru pulang dari rumah keluarganya di Ulu Yam, Selangor.

Sumber polis berkata, sejurus mangsa keluar daripada Perodua Myvi dipandunya, tiba-tiba muncul tiga lelaki yang terus memukul dan menendangnya.

“Mangsa ditarik masuk semula ke dalam keretanya dan ketika itu mereka masih memukul mangsa tanpa belas kasihan dalam usaha melemahkannya.

“Mereka membawa mangsa ke sekitar ibu kota dan memaksanya menyerahkan barang berharga termasuk kad pengeluaran wang automatik (ATM) serta nombor pengenalan peribadi (PIN) daripadanya,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang ketakutan mengikut arahan tiga lelaki terbabit sebelum dia dibawa ke sebuah lokasi berhampiran Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Chamang, Bentong, Pahang.

Sumber itu berkata, sebaik tiba di satu lokasi sunyi di situ, seorang daripada lelaki terbabit merogol dan meliwat mangsa.

“Mangsa berjaya meloloskan diri dan meminta pertolongan daripada orang ramai yang melalui jalan berkenaan.

Dia dibawa membuat laporan di Balai Polis Bentong sebelum menjalani pemeriksaan di Hospital Bentong.

“Pada masa sama, tiga lelaki terbabit melarikan diri dari tempat kejadian dengan kereta mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa dipindahkan ke Hospital Temerloh untuk menjalani pemeriksaan dan kini masih dirawat di hospital itu. Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan trauma.

Sumber itu berkata, setakat ini polis sudah menahan seorang lelaki yang dipercayai mengenali mangsa untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa dan siasatan awal mendapati tiga lelaki terbabit kemungkinan warga Indonesia.

“Bagaimanapun, polis Ampang Jaya hanya menyiasat kes rompakan yang berlaku kepada mangsa. Mangsa dirogol dan diliwat di kawasan Bentong dan kami sudah menyerahkan kes terbabit kepada polis di daerah itu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman ketika dihubungi turut mengesahkan menerima laporan mangsa berhubung dia dirogol dan diliwat.-HMetro



p/s: takut plak baca paper sekarang ni...nak jalan sorang2 pun takut..maka berhati-hatilah kaum2 hawa..jangan tunjuk berani sangat...jangan jalan sorang2 kat tempat gelap =)


sumber

apesal.com