click sini..sedekah amalan mulia

Followers

Saturday, January 9, 2010

TIPS MEMILIH TUDUNG






ok,tips ni utk pempuan yang keliru dan rase tak cun je bile time nak pakai tudung..haha laki pun boleh je bace.. mane tau nk belikan tudung kat awek ke nanti..


1. Cari tudung daripada jenis kain yang mudah dibentuk yang sesuai dipadankan dengan apa jua baju seperti kain bawal dan jojet

2. Bagi yang menggemari tudung kontemporari, pilihlah fabrik organza untuk lapisan luar bagi menggayakan fesyen bertudung.

3. Sesekali pilihlah tudung berbunga besar, dipadankan blaus berwarna garang dan polos.

4. Bagi baju yang mempunyai corak atau floral yang berwarna, pilih warna tudung yang paling sedikit yang terdapat pada baju.

5. Elakkan daripada memakai tudung sedondon dengan warna baju.

6. Pakailah tudung kosong yang berwarna cerah misalnya merah jambu, biru, kuning dan sebagainya. Warna ini akan menampakkan diri anda seorang yang ceria, lembut dan berkeyakinan tinggi.



7. Elakkan memakai tudung berwarna yang gelap dan kusam kerana ia akan menampakkan anda sudah berusia.


8. Bagi yang mempunyai muka bulat, elak daripada memakai tudung yang bercorak penuh kerana akan menampakkan wajah yang tidak terurus dan penuh. Sebaiknya pakailah tudung bercorak kecil.

No comments:

apesal.com