click sini..sedekah amalan mulia

Followers

Saturday, March 27, 2010

Teladani sifat mulia yang ada pada anjing~


Hassan Al-Basri r.a mengatakan bahwa pada anjing ada sifat mulia yang perlu diteladani 
oleh setiap orang mukmin.

Pertama : 
Anjing itu sentiasa lapar,dia jarang makan sampai kenyang.
Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh.

Kedua :
Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap.Dia selalu berpindah randah mengikut keperluannya.
Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal kepada Allah.

Ketiga :
Anjing tidak tidur pada waktu malam,melainkan sedikit sahaja.Dia selalu berjaga-jaga.
Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang cintakan Allah, sentiasa renggang punggungnya 
dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah.

Keempat : 
Jika anjing mati,dia tiada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewaris.
Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud.

Kelima :
Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan dirinya daripada tuannya 
sekalipun dipukul dan dimarah.
Sifat inilah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang siddiqin yang sedang belajar dengan Gurunya.
Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan berbagai-bagai ujian.

Keenam :
Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah,tidur di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada
tempat manusia.
Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadu’, orang-orang yang suka merendah diri dan tidak menyombong.

Ketujuh :
Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain, dia pindah ke tempat lain tanpa merasa
marah atau berdendam.
Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan bahagiannya.

Kelapan :
Jika ia dipukul,dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan,dia menerimanya.Tidak ada perasaan
dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang lepas.
Inilah tanda-tanda hamba Allah yang kusyuk.

Kesembilan :
Jika anjing melihat orang makan,dia melihat saja dari jauh, tidak meminta-minta atau menganggu.Jika diberi makan 
atau tidak diberi,dia diam sahaja.
Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah s.w.t.

Kesepuluh :
Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya, tidak menoleh-noleh ke belakang.
Inilah tanda-tanda orang yang susah.



p/s:sedih pas bace.tak taw nape..tapi ni pun dapat dari blog MKI yang kontroversi pasal isu anjing tu..kite di ajar xpegang je,bukan siksa or hina anjing.pelacur pun boleh masuk syurga sebab anjing..jangan lah kite ni orang melayu nak marah,bising2 pasal haiwan yang juga makhluk yang mulia di sisi tuhan.tapi fikir dulu macam mana nak selesaikan masalah sosial,buang bayi yang lebih teruk dari haiwan (-_-")
mungkin melayu sekarang kurang sifat perikemanusiaan sebab bukan setakat anjing dorang boleh seksa,baby baru lahir sendiri pun tergamak campak merate2..adeii...aku tak pernah lah pegang anjing,dekat pun tak berani..sebab penakut at least jangan lah baling batu kat die..kalau die lapar sangat ke,huluq la sket biskut ke,roti ke..tapi please jangan la siksa binatang..i tak leh tengok taw..sadis..kalau ade kawan aku sendiri buat depan mate aku,mau aku tampar je pipi sekoq2.haha..ape pun..renung2kan dan selamat beramal~

2 comments:

jeman said...

assalamualaikum
salam sejahtera.

tumpang sekaki terharu dan pilu lepas entry ni. banyak ilmu yg dapat diteladani bagi melembutkan hati yg semakin mengeras ini.

terasa betapa hinanya diri sebagai manusia berbanding kemuliaan yang Allah kurniakan pada haiwan.

benarlah kata2, manusia itu adalah kejadian mahluk yang sangat sempurna kerana ia disertakan otak dan akal berbanding kejadian haiwan yg hanya mempunyai otak tanpa akal yg sempurna. namun manusia boleh bertukar menjadi lebih hina dari haiwan sekiranya akal itu tidak dimanfaatkan sebaiknya...

wassalam.
izinkan ana mempamerkan entry ni pd blog ana, sebagai sumber penyebaran ilmu.

Sansan Onwan said...

zayani..adik aku umoq darjah 1...dia baca sampai habeh...dia suka...

apesal.com