click sini..sedekah amalan mulia

Followers

Sunday, April 25, 2010

Perempuan pantang betol kalau laki yang:

Suka menyampuk
lelaki yang bila dengar sesuatu cerita,cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk.

Memerintah
bila nak something,bukan nak mintak elok2..tapi anggap awek macam dayang2 istana.
contohnye:"ambil air jap", instead of "sayang,ambikkan air boleh?"

Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata*˜gurau pun tak boleh.*

Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

Cakap besar

Sikap lelaki yang suka *syok sendiri* membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.


Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

Ego sebesar gajah
Susah nak mintak maad walaupun sedar diri tu salah, sukar akui kesilapan dan tidak mahu mintak tolong. Tidak mahu merendahkan diri.

Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

kedekut beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuk dorang

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

Lupa hari-hari istimewa!!
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang buat bodo benda macam ni kena get ready jela kalau buah hati merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya. Semoga berjaya!

7 comments:

GeNgKaPaK said...

tp aku xtau memujuk...cmne ek?

zayani zidane said...

kena belajar care2 nak memujuk la..taip je kat google..sure ade tips..(-_-")

infozi said...

haha same je, lelaki pun tak suka kalau pompuan perngai camtu gak.. huuhu..

zayani zidane said...

tapi pempuan ok je..xde pun xsuka bile laki merokok,tp laki xsuke pempuan bebel (-_-")

Call T said...

btul tu infozi..:D

hurmm...kna blajar beri pujian nih

Sansan Onwan said...

ceh zayani.....!tqasa aku!

amirulhazwan said...

salin2.hafal2.

apesal.com