click sini..sedekah amalan mulia

Followers

Thursday, August 19, 2010

Raja Azmi kantoi berkhalwat dengan Roslin Hashim Punca Penceraian kali ke-2?


raja azmi    roslin hashim
Nurhayati Othman, isteri kepada jaguh badminton negara Roslin Hashim, mendakwa dia diceraikan oleh suaminya selepas dia mendapati lelaki itu berada bersama penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 7 Ogos lalu.
Nurhayati yang merupakan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berkata demikian ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini semalam.
Roslin atau nama sebenarnya Muhammad Roslin Hashim selaku defendan melalui peguamnya Roslizam Rahim mengesahkan menerima surat pengesahan perceraian itu pada Isnin lalu selepas pihak plaintif (Nurhayati) memfailkannya pada 10 Ogos lalu.
Nurhayati, 38, berkata, Roslin, 35, melafazkan cerai tersebut setelah dia dan ahli keluarganya termasuk ibu dan dua adik lelaki menyerbu bilik bernombor 533 dengan dibawa oleh Jalani Sidek (suami Raja Azmi).
“Tiada pertengkaran yang berlaku pada masa itu, cuma perdebatan. Defendan berada dalam keadaan sedar, siuman dan tenang duduk di atas kerusi. Selepas itu, saya bertanya, saya mahukan keputusan awak sekarang.
“Selang beberapa saat kemudian defendan membuat lafaz, ‘I cerai you lah’ di hadapan keluarga saya, Raja Azmi dan Jalani,” katanya.
Roslin yang turut dipanggil untuk memberikan kenyataan berkata, mereka telah memaksanya melafazkan cerai setelah mengesyaki dia berdua-duaan dengan Raja Azmi selepas mereka menyerbu bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang pada 7 Ogos lalu kira-kira pukul 8.30 malam.
“Saya berada di luar hotel tersebut, bukan di dalam bilik seperti yang didakwa.
komen aku: no komen..bukan memfitnah ek..ni pun di petik dari sumber
fakta: Roslin Hashim adalah adik angkat kepada Raja Azmi...
MAri kita nantikan apa bakal berlaku selepas ini (-_-") harap2 takde la kes buang anak terlibat lagi

3 comments:

.::WaNiE::. said...

roslin ni ada tekanan mental ke

huhuhuhu

zayani Halil said...

ntah ler..ntah2 kene nasik kangkang..huahuahua

Anonymous said...

dulu dgn bini si roslin neh, berkaitan dgn raja azmi jgk. neh kahwin kali kedua, bercerai pon sbb raja azmi jgk.

dua2 neh kebetulan je ek? ek? huhuhu. si Jalani Sidek neh pun, boleh lg selamba ekkk, bini gtu

apesal.com