click sini..sedekah amalan mulia

Followers

Saturday, January 22, 2011

MARI POTONG KUKU IKUT SUNNAH NABI~


RASULULLAH S.A.W BERSABDA :
ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada:
Hari Sabtu :Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Hari Selasa :Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat :Nescaya keluar dosa-dosa seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat dari Allah Taala.
-Ada riwayat mengatakan bahawa kuku tidak elok disimpan selama 40 hari
-selepas kuku dipotong, seeloknya ditanam atau dialirkan pada air mengalir kerana kuku digunakan orang dalam amalan sihir,jadi bahaya dibuang merata-rata
- beberapa perkara yang tidak ada dalil tentang memotong kuku, antaranya :
- Mengkhususkan hari Jumaat untuk memotong kuku.
- Makhruh memotong kuku pada malam hari.
- Orang yang sedang berpuasa tidak boleh memotong kuku.
- Larangan orang yang sedang haid dan janabah dari memotong kuku.
- Memotong kuku dengan cara-cara tertentu.
Berkata Ibn Daqiq al-’Ied : “Apa yang tersebar tentang memotong kuku dalam cara-cara tertentu, tidak ada asal baginya di dalam syariat. Adapun memulakannya dengan tangan kanan kemudian tangan kiri, maka ianya termasuk di dalam keumuman sabda Nabi s.a.w. …”
ada sumber-->“Memotong kuku HARUS pada bila-bila masa dan tidak mengapa.”
wallahu a’lam



No comments:

apesal.com