click sini..sedekah amalan mulia

Followers

Friday, February 18, 2011

Semua Orang ada Resdung!! ketahui Punca dan Petua Resdung

hebaknye kamera dier..boleh captured atom hingus

Mesti ramai yang tak tahu pasal resdung kan..
Bagi aku resdung tu = resah di hidung (-_-")
Tapi dari segi saintifiknye...
Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki
beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.


Punca resdung

Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.

Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di
dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan
udara tak dapat dikeluarkan.

Kalau udara tu tak dapat keluar, ia
pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan
kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah
mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya. Huhuhu...

Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda
boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.
Tapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya. 



Simptom Resdung
1) Gatal- gatal hidung, muka, mata
2) Hidung kerap berhingus atau tersumbat atau selalu bersin
3) Kelimumur yang serius berkeping2..heeeee
4) Jerawat batu seperti biji jambu batu
5) Boleh menyebabkan buta jika serius pada kanak2
6) Alah terhadap habuk, hama dll

Petua mencegah resdung;

1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.

2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.


3.Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau
perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti
tinggi.


4. Kalau anda nak kemas rumah, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu jer. Atau untuk kesan yang lebih baik, suruh adik je yang kemaskan rumah anda buat la kerja lain e.g memasak ke, basuh kain ke..

5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas. Muka anda juga akan sentiasa kelihatan segar walaupun tak mandi.

6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. Ini dapat menceriakan wajah selain menghilangkan simptom kegatalan di wajah. So anda akan kurang mengusik atau emngusap wajah cun atau macho anda tu.

Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk, hama, dll.

7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu. Makan makanan berkhasiat seperti salad dan buah buahan (nyum..my fevret)



So kesimpulannya, jaga pemakanan, berpantang makan sebelum ajal ok~

1 comment:

nabilah_2908 said...

oh...sy pun selalu gatal2 kt hidung & muka....

ish...

thnks tuk tips ni ya.... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
FAIRY TALES

apesal.com