Dan kesekian kalinye aku jadi macam 1st year sibuk2 tanya makcik counter macam mana cara nak jumpa dokter dem dem..
Tapi yang pasti tu menunjukkan aku ni jarang sakit dan tak pernah mintak MC kat dokter..(sebab pusat kesihatan jauh!)
Setelah masuk bilik dokter tapi bukan dokter yang cek, pegawai perubatan je,pak arab yang hensem..pehh
fasih cakap melayu pulak tu...tapi dah kawin..siap letak gambar wife dengan anak2 atas meja..T_T
pak arab: sakit afe?
aku: fening kefale..dah seminggu mencucuk2
pak arab: ade midsem eh minggu ni?
aku: eh, mane tau ni? malu malu
pak arab: (malas layan)..mari cek tekanan darah..hurm normal
aku: saye selesema da 2-3 hari, batuk sikit2, sakit tengkuk
pak arab: tidur cukuf tak? dari fukul brafa ke fukul brafa?
aku: cukuf..12 malam-dekat2 7 pagi..(tifu sunat)
pak arab: owh batuk sikit2 je eh? hurm..stress ni..stress nak exam
aku: adekah saya perlu bersenam lepas ni?
pak arab: tak fe tak fe...rehat dulu.. makan ubat yang saya kasi next time bersenam itu memang ferlu
aku: itu jeke? ok thanx bye bye =)
nasib aku tak termintak no fon pak arab tu hoho..
berdasarkan dialog di atasa, antara tanda2 stress ialah: (tibe2 je nak serius dem)
- Apabila seseorang itu sering berasa gementar, berpeluh, sakit kepala, bernafas laju, cepat letih, kerap buang air kecil & besar, kurang selera makan & juga mudah mendapat penyakit seperti penyakit asma, sakit belakang, & juga masalah penghadaman.
- Tanda-tanda seseorang mengalami stress juga boleh dikesan melalu psikologikal yang ditunjukkan seperti mudah berasa bimbang, keliru, kurang daya tumpuan, sukar kawal diri, sukar hendak tidur, perubahan emosi seperti sering berasa kecewa, mewujudkan permusuhan, rasa tidak berdaya, cepat marah, & lemah semangat.
- Mengalami gangguan fikiran. Individu yang mengalami tekanan perasaan ini sukar untuk membuat keputusan, kurang berminat terhadap aktiviti-aktiviti harian yang sering dilakukan & individu ini juga sering sahaja berfikiran negatif terhadap banyak perkara.
- Bagi individu yang mengalami tekanan perasaan juga sering menunjukkan melalui tingkah lakunya apabila melakukan sesuatu. Individu ini sering bercakap dengan kuat & cepat,(mcm kukenal orang yg camni hhaha) sentiasa menguap, suka menggigit jari, mengetap bibir, kerap menggerakkan jari, mudah berasa letih, terlalu bergantung kepada orang lain, bertindak secara tidk logik & ada kalanya terlalu beremosi terhadap sesuatu perkara tersebut.
Cara tangani stress:
1) Senyum~ tak perlu kata apa apa
2) Bersendirian melayan movie atau lagu lagu rock kapak
3) Bertenang di kala di katakan sebagai pemfitnah
4) Berbuatlah baik pada insan
5) Peluk anak patung or kucing or teman2 rapat atau sedare mare yang muhrim
6) cium haruman Lavender yang menenangkan
7) Kasih sayang dengan kawan2, family, suami
8) Ceria
9) Dekatkan diri dengan Allah
10) Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf
Akhir kata, Jangan lah stress nanti pening kepala macam aku =)
No comments:
Post a Comment