click sini..sedekah amalan mulia

Followers

Saturday, January 8, 2011

20 Fakta menarik tentang kucing meaw meawww~



 

1.ikan bukanlah makanan semula jadi untuk kucing kerana kucing sebenanrnya berasal dari kawasan gurun dan tiada ikan sehingga perang dunia kedua, harga daging menjadi mahal, pemilik kucing memberi ikan sebagai makanan kucing. kucing yang liar tidak akan memburu ikan tapi burung kerana kucing adalah haiwan karnivor.


2. ibu kucing mengajar anaknya menangkap mangsa. Jika anak kucing tidak tinggal bersama ibunya, mereka tidak akan tahu langsung cara menangkap dan makan haiwan.


3. kucing adalah antara haiwan yang tidur paling lama iaitu sekitar 16 jam


4. kucing memberi respon lebih cepat kepada wanita berbanding lelaki kerana wanita mempunyai suara yang high pitched berbanding lelaki.


5. kucing terbiar memiliki jangka hayat hanya 3 tahun manakala kucing peliharaan mempunyai jangka hayat sehingga 16 tahun.


6. cahaya elektrik atau cahaya dari tv boleh menyebabkan bulu kucing luruh.


7. kucing boleh mengeluarkan lebih 100 bunyi manakala anjing hanya 10.


8.Tahukah anda, Sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna, 99.97% pasti bahawa kucing tersebut adalah betina!.Dan walaupun sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul!.Justeru, jika anda mempunyai kucing jantan 3 warna yang jantannya tulen dan sejati, itulah kucing paling bernilai di dunia ini!


9.Kucing punyai kebolehan menenangkan manusia (semasa seseorang mengangkat kucing, tekanan darahnya turun dan denyut jantungnya menjadi stabil)


10. Kucing punya memori yang lebih baik dari anjing, monyet dan orang utan


11. Kerajaan terkenal dahulu kala Julius Caesar dan Napoleon menderita ailurophobia (iaitu takut terhadap kucing)


12. Kucing mandi (menjilat dirinya) setelah mengalami kejadian berbahaya atau untuk menenangkan diri


13. Catnip (sejenis herba) sangat disukai kucing kerana baunya sama dengan bau kucing betina dominan


14. Air kencing kucing bersinar dalam cahaya yang samar atau gelap

15. kucing tidak boleh berpeluh


16. Usia kucing jika dibandingkan dengan manusia ialah setahun usia manusia bersamaan dengan 50tahun usia kucing. jika kucing berusia 2 tahun, bermakna ianya berusia 25 tahun!


17. anak kucing juga mengalami kehilangan baby teeth pada usia 7 bulan


18.setiap kali selepas dibelai, kucing akan menjilat bulunya untuk membuang bau manusia..hipokrit btol haha


19.kucing pertama sekali dipelihara adalah sebagai pest control..


20.kucing kehilangan air liur sangat banyak semasa menjilat bulunya sebanyak air kencing yang dikeluarkan.

No comments:

apesal.com