Kau bukanlah bajuku yang boleh dibasuh setiap hari dan pabila lusuh ku ganti
Kau bukanlah keretaku yang boleh digilap setiap hari untuk tampak berkilat
namun pabila model baru dipasaran ku beli
Kau bukanlah permata yang cantik dilihat tetapi boleh di jual jika ku memerlukan wang
Tetapi
Kau umpama darah yang sentiasa mengalir dalam tubuhku, umpama setiap nafas yang ku hela setiap waktu
hanya nyawa yang mampu memisahkan diriku daripadamu~
Hasil Nukilan: Halil Khairul Fauzi
No comments:
Post a Comment