click sini..sedekah amalan mulia

Followers

Wednesday, April 13, 2011

Kepentingan bulu pada badan manusia

Berbulu di badan memang normal pada manusia..tapi bergantung pada kuantiti bulu tersebut dan cara pendedahan pada manusia yang lain. Bulu yang cantik seperti bulu mata yang cantik dan rambut yang ikal sering dipuji2 tapi bagaimana pula dengan bulu ketiak lebat yang berselerak dan bulu hidung yang bersembur?
Jadi mari kita tinjau ape kegunaan bulu di badan kita =)

Rambut



Bagi manusia, rambut adalah mahkota kepada mereka. Jika style yang dipadankan tidak kena dengan wajah, kita akan kelihatan hodoh. Tetapi perkara yang paling penting mengenai rambut ialah dapat melindungi kepala kita dari sinaran ultraungu daripada matahari dan memanaskan kepala kita ketika sejuk.


Bulu Mata




Fungsi bulu mata selain kecantikan adalah untuk menahan peluh ataupun hujan daripada dahi memasuki mata. Bulu mata juga memperdalamkan karakter wajah anda.
 Bulu Hidung
Bulu hidung yang ada di dalam hidung berfungsi sebagai penapis. Debu, bakteria dan lain lain lagi benda yang halus yang disedut oleh hidung kita akan ditapis oleh bulu hidung. Bulu hidung juga meningkat kelembapan udara sewaktu kita bernafas.

Bulu dada, misai, janggut, bulu perut



Fungsi misai, janggut, bulu dada, bulu perut adalah menunjukkan bahawa seseorang lelaki itu sudah mencapai akil baligh dan dewasa. Selain itu ia adalah salah satu perbezaan di antara lelaki dan perempuan.


Bulu ketiak




Fungsi bulu ketiak adalah bertindak sebagai anti geseran, iaitu ia dapat mengurangkan geseran dibawah lengan kita. Selain itu, bulu ketiak juga mengusir kelembapan dari kulit dan membantu kulit kita supaya lebih kering untuk mencegah bakteria yang mengeluarkan bau..
 Bulu tangan & bulu kaki
Anda bayangkan jika anda berjalan di semak samun jika ketiadaan bulu kaki dan tangan. Mesti tangan anda akan merasa lebih gatal dan mudah terkena bakteria. Oleh itu, fungsi bulu tangan dan kaki adalah sebagai pelindung kaki dan tangan anda.

Bulu Pubis




Pelbagai spekulasi telah dibuat berkaitan bulu pubis ini. Antaranya, bulu pubis memberi kehangatan kepada alat kelamin untuk kematangan seksual. Selain itu ia mengelakkan geresan luar ketika hubungan melakukan hubungan seks. Kawasan yang ditumbuhi bulu pubis ini adalah kawasan sensitif. Oleh itu ia menjadi pelindung bagi kawasan ini.

Mungkin banyak lagi fungsi-fungsi bulu pada badan kita ni. Ini hanya sebahagian daripadanya. Saya hanya ingin berkongsi. Seperti contoh janggut, ada kajian menunjukkan bahawa ianya juga meningkatkan penghasilan hormon estrogen lelaki untuk menghasilkan sperma yang sihat. Sekian~~

p/s: xleh letak gambar lucah..aku puase harini haha

3 comments:

Lady Anne said...

info menarik...jdi mesti jaga bulu ketiak ka? hihihi...

xazryx said...

nice info .so ,aku tak perlu malu ade bulu dada .HAHA !

mobydick said...

Salam singgah,ketahui juga antara bulu yang harus dicukur yak ni buli ari-ari...

apesal.com